PELAKSANAAN MODUL PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH RENDAH TAHAP 2
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang memberi penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik serta bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam anjakan tiga, iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai, transformasi bagi memperkukuh pendidikan sivik akan dilaksanakan secara bersepadu serta holistik bukan sahaja dalam mata pelajaran tetapi turut dilaksanakan menerusi kokurikulum, perhimpunan sekolah dan pelbagai program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.