Friday, September 8, 2017

5 CARA PENDARABAN DUA NOMBOR DENGAN MUDAH


Pendaraban Dua Nombor



Mendarab sebarang nombor dengan satu digit hingga dua digit, 100 dan 1 000 termasuk membuat anggaran


Pendaraban (multiplication) merupakan suatu proses penambahan berulang.


Cara-cara untuk mendarab nombor bulat (multiply whole numbers) adalah seperti berikut:

Langkah 1 – Susun digit berdasarkan nilai tempat
Langkah 2 – Darabkan angka tersebut dari sa, puluh, ratus, ribu dan seterusnya (dari kanan ke kiri).
Semasa mendarab dua nombor bulat, nombor yang digitnya lebih besar ditulis di bahagian atas bagi memudahkan pengiraan.




Contoh 1



223 189 × 3 = _______


Penyelesaian:





223 189 × 3 = 669 567




Contoh 2


41 105 × 12 = _______


Penyelesaian:





41 105 × 12 = 493 260




Contoh 3







Kaedah ‘lattice’ (kekisi) juga boleh digunakan selain daripada bentuk lazim.


Dalam pendaraban ‘lattice’ atau kekisi, hasil darab ditulis dalam bentuk kekisi. Sekiranya hasil darab adalah nombor tunggal, tambahkan sifar di hadapannya. Kemudian tambahkan secara jalur pepenjuru.




Contoh 4


24 722 × 23 = _______


Penyelesaian:





24 722 × 23 = 568 606




Kaedah anggaran juga boleh digunakan membundarkan nombor bulat tersebut.




Contoh 5



Anggarkan hasil darab 1 948 dengan 41.


Penyelesaian:


1 948 dibundarkan kepada ribu yang terhampir ialah 2 000.


41 dibundarkan kepada puluh yang terhampir ialah 40.


2 000 × 40 = 80 000


Oleh itu, anggaran hasil darab 1 948 dengan 41 ialah 80 000.









No comments:

Post a Comment

KOREA-MALAYSIA TEACHER EXCHANGE PROGRAMME

KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN SIFIR KALANGAN MURID

JOM BELAJAR SAMBIL MENGIPAS, MENGIPAS SAMBIL BELAJAR Parthiban Govindasamy SJK(T) Ladang Shum Yip Leong, Ringlet. rthiban89_mufc@yah...