JOM
BELAJAR SAMBIL MENGIPAS, MENGIPAS SAMBIL BELAJAR
Parthiban Govindasamy
SJK(T) Ladang Shum Yip Leong, Ringlet.
Abstrak
Kajian tindakan ini bertujuan untuk
mengatasi masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shum Yip Leong. Pengkaji meningkatkan penguasaan
sifir dalam kalangan murid tahap 2 dengan pembaris 2 in 1 iaitu mengipas sambil
belajar, belajar sambil mengipas. Fokus kajian ini adalah untuk melihat
sejauhmana keberkesanan penggunaan pembaris 2 in 1 ini dapat meningkatkan
penguasaan sifir serta minat dalam kalangan murid tahun 4,5 dan 6. Tinjauan
awal mendapati murid-murid tahap 2 tidak menguasai sifir 1 hingga 12 berdasarkan
hasil analisis ujian pra yang dijalankan. Murid-murid tidak boleh menjawab
soalan darab kerana belum menguasai sifir. Murid sering mendarab dengan salah
kerana tidak menghafal sifir dengan betul. Bagi mengatasi masalah ini, pengkaji
menggunakan pembaris 2 in 1 untuk meningkatkan penguasaan sifir dalam kalangan
murid. Pengkaji telah menggunakan 3 cara pengumpulan data iaitu ujian pra dan
pasca, temubual dan analisis dokumen. Keputusan kajian ini menunjukkan
murid-murid dapat menguasai sifir dengan lebih mudah di samping meningkatkan
minat murid untuk belajar sifir.
Kata Kunci : Pembaris
2 in 1, sifir
Abstract
This study was aimed to solve the problems in timetables among level 2 pupils at Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shum Yip Leong. The researcher increased the pupils mastery level in timetables amongst level 2 pupils with 2 in 1 rulers. The focus of this study is to see how effective the use of the 2 in 1 ruler can improve the mastery of timetables and interest amongst students in the years 4.5 and 6. The survey found that the students of level 2 did not mastery in the timetables 1 to 12 based on the results of the pre-test analysis. Pupils cannot answer multiple questions because they have not mastered in timetables. Students did wrong in multiply questions because they do not memorize the timetables correctly. To overcome this problem, the researcher used the 2 in 1 ruler to memorize the timetables among the students. The researcher used 3 methods of data collections pre and pos test, interview and document analysis. The results of the study show that pupils can master the timetables easily as well as increase students' interest in learning timetables.
Keywords : Ruler 2 in 1, timetables
1.0
Pengenalan
Saya
telah menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi murid tahap 2 iaitu tahun
4,5 dan 6 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shum Yip Leong. Semasa
pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati murid-murid tidak dapat menguasai topik
pendaraban. Murid-murid ini sering menghadapi masalah atau kekeliruan semasa
menyelesaikan soalan pendaraban. Berdasarkan pemerhatian, saya dapati
murid-murid juga tidak dapat membuat pendaraban yang melibatkan dua digit
dengan satu digit. Kebanyakkan murid mengetahui cara kerja melakukan pendaraban
tetapi masih tidak dapat menjawab dengan betul. Saya dapati terdapat murid yang
cemerlang juga menghadapi masalah yang sama. Mereka berjaya membuat pendaraban
tetapi jawapannya salah. Ini menunjukkan murid-murid tahap 2 belum menguasai
sifir 1 hingga 12.
Sifir
merupakan satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid supaya
memudahkan penambahan berterusan dalam matematik. Walaubagaimanapun, murid
memahami konsep pendaraban tetapi masih tidak menghafal sifir dengan betul. Mereka
menghadapi masalah dalam menjawab soalan matematik melibatkan sifir. Tambahan
pula, mereka tidak dapat menjawab soalan matematik dengan cepat malah mengambil
masa yang lama. Ini adalah kerana mereka terpaksa menulis sifir tersebut untuk
mendapatkan jawapan. Selain itu, murid-murid tahap 2 ini sering menunjukkan
tingkahlaku yang pasif apabila diminta menghafal sifir menggunakan jadual sifir
yang terdapat di belakang buku. Mereka menunjukkan rasa tidak seronok untuk
menghafal sifir. Mereka menganggap menghafal sifir itu satu bebanan.
Murid-murid ini sentiasa diminta menghafal sifir semasa waktu rehat tetapi
duduk termenung sahaja.
Jadi
berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati perlunya satu
melakukan satu tindakan untuk menangani masalah penguasaan sifir ini. Oleh itu,
saya membina satu inovasi bahan pengajaran iaitu pembaris 2 in 1 yang dikenali
sebagai ‘Belajar sambil mengipas, Mengipas sambil belajar’ untuk membantu
murid-murid menguasai sifir. Diharap dengan penggunaan bahan pengajaran ini
kelak, ia dapat membantu murid-murid saya untuk mempertingkatkan penguasaan
murid dalam sifir sekaligus meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2.0
Fokus Kajian
Kajian ini hanya
berfokus kepada masalah murid untuk menguasai sifir. Murid sering melakukan
kesalahan semasa menghafal sifir. Mereka tidak dapat menyatakan sifir 3 hingga
12. Mereka tidak boleh menyatakan sifir secara rawak. Kelemahan ini menyebabkan
murid-murid gagal menjawab soalan pendaraban dengan betul. Kajian ini penting
untuk dijalankan bagi membantu mengatasi
masalah murid-murid tahap 2 dalam menjawab soalan matematik yang melibatkan
sifir.
3.0
Objektif dan Soalan Kajian
Objektif khusus
kajian ini adalah :
1. Meningkatkan
penguasaan murid dalam sifir 1 hingga 12.
2. Mengenalpasti
keberkesanan “Pembaris 2 in 1” dalam meningkatkan penguasaan dan penghafalan
murid.
3. Meningkatkan
minat murid untuk belajar sifir.
Soalan
Kajian adalah seperti berikut :
1. Adakah
penguasaan murid dalam sifir meningkat ?
2. Adakah
Pembaris 2 in 1 dapat membantu murid menguasai sifir dengan mudah ?
3. Bagaimanakah
minat murid belajar sifir ?
4.0
Kumpulan Sasaran
Kajian
ini telah dijalankan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shum Yip Leong yang
terletak di daerah Cameron Highlands, Pahang. Seramai 5 orang murid daripada
tahun 4, 5 dan 6 terlibat sebagai sampel dalam kajian ini. Murid-murid ini
masih tidak menguasai sifir dengan betul. Murid-murid ini mempunyai masalah
dalam menjawab soalan matematik yang melibatkan sifir.
5.0 Perancangan dan Tindakan yang
dijalankan
Dalam kajian ini, saya
telah memperolehi maklumat mengenai masalah penguasaan
sifir murid melalui ujian pra dan refleksi
pengajaran dan pembelajaran murid. Saya
telah menganalisis ujian pra dan
mengenalpasti masalah murid dalam penguasaan sifir.
Berikut adalah perancangan dan
tindakan yang dijalankan untuk menjalankan
kajian
ini.
Jadual
1
Perancangan
dan Pelaksanaan Tindakan
Langkah /
Tarikh
|
Pelaksanaan Tindakan
|
Cara Pengumpulan Data
|
Langkah 1
10/12/2018
|
·
Memeriksa hasil kerja murid
|
Analisis Dokumen
Pemerhatian
|
Langkah 2
15/01/2019
|
·
Menjalankan Ujian Pra
|
Analisis Ujian Pra
|
Langkah 3
22/01/2019
-
22/03/2019
2 bulan
|
·
Guna bahan Inovasi
·
Membaca dan menghafal sifir menggunakan Pembaris 2 in 1.
·
Membaca sifir menggunakan Pembaris 2 in 1 setiap hari pagi dan masa waktu
rehat.
·
Mencatat Penguasaan Sifir dalam Buku “TEST ME”
|
Pemerhatian
Analisis Dokumen
|
Langkah 4
23/04/2019
|
·
Ujian Pasca
|
Analisis Ujian Pasca
|
Langkah 5
23/04/2019
|
·
Temubual bersama murid
|
Temubual
|
PELAKSANAAN INTERVENSI
6.0
Keputusan Analisis dan Interpretasi Data
6.1
Perbandingan Ujian Pra dan Pasca
Rajah
1
Perbandingan
Markah Ujian Pra dan Pasca
Berdasarkan
graf analisis rajah 1, menunjukkan perbandingan ujian pra dan ujian pasca bagi
melihat keberkesanan atau peningkatan markah sebelum dan selepas intervensi.
Keputusan ini dapat menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu melihat adakah
terdapat peningkatan markah selepas intervensi dan juga persoalan kajian kedua
iaitu melihat keberkesanan pembaris 2 in 1 yang digunakan. Analisis graf
menunjukkan terdapat peningkatan dalam markah pencapaian murid dalam ujian
pasca berbanding ujian pasca. Ujian Pra menunjukkan min markah sebanyak 45
manakala ujian pasca pula menunjukkan markah min 73.6. Ini menunjukkan terdapat
peningkatan yang besar iaitu sebanyak 28.6 daripada ujian pra ke ujian pasca.
Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa keputusan ujian pra dan pasca menunjukkan
terdapat peningkatan yang besar selepas intervensi. Keputusan ini jelas
menunjukkan bahawa bahan inovasi iaitu pembaris 2 in 1 dapat membantu
murid-murid untuk menguasai sifir dengan
mudah dan cepat.
6.2 Temubual
Persoalan
kajian yang ketiga iaitu bagaimanakah minat murid belajar sifir menggunakan
bahan inovasi Pembaris 2 in 1. Temubual ini dijalankan ke atas kelima-lima
orang murid yang menjadi sampel kajian ini. Menurut Denzin (2011), temubual
memberikan gambaran reflektif dan dapat mencerminkan keadaan yang sebenar.
Jadi, guru dapat mengumpul maklumat dengan tepat melalui temubual. Berdasarkan
dapatan kajian yang diperolehi kelima-lima orang murid memberi respon yang
positif. Mereka menyatakan sebelum menggunakan pembaris 2 in 1 ini, mereka
berasa malas untuk membaca sifir dalam buku. Mereka menyatakan penggunaan bahan
inovasi ini menyeronokkan untuk belajar dimana mana sahaja. Tambahan pula,
mereka menyatakan bahawa Pembaris 2 in 1 mudah dibawa ke mana sahaja dan mudah
untuk menyimpan dalam bekas pensel. Mereka mengakui bahawa mereka dapat
menghafal sifir selepas penggunaan pembaris 2 in 1 ini.
7.0
Rumusan dan Refleksi Dapatan Kajian
Berdasarkan
hasil dapatan kajian, pengkaji menyatakan bahawa penggunaan Pembaris 2 in 1
amat membantu murid-murid untuk menguasai sifir dengan mudah sekaligus
meningkatkan minat murid untuk belajar sifir.
Keputusan perbandingan ujian pra dan Pasca menunjukkan terdapat
peningkatan yang besar selepas penggunaan Pembaris 2 in 1. Analisis dokumen
sebelum intervensi dapat memberi maklumat dan kelemahan murid dalam menguasai
sifir. Manakala, analisis dokumen selepas intervensi menunjukkan murid dapat
menguasai sifir dan mahir menjawab soalan matematik yang melibatkan sifir.
Murid-murid juga menunjukkan tingkahlaku yang positif serta aktif sepanjang
sesi pembelajaran berlangsung. Minat murid dapat ditingkatkan melalui penggunaan
Pembaris 2 in 1 untuk belajar sifir dengan seronok. Dapatan ini selaras dengan
Ng (2017) yang menyatakan bahawa motivasi belajar murid bergantung kepada gaya
pengajaran guru untuk memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut. Dalam
kajian ini, bahan inovasi iaitu Pembaris 2 in 1 menjadi penggerak dan pencetus minat murid untuk
menguasai sifir.
8.0 Bibliografi
Azizi,
Y., Shahrin, H., & Jamaludin, R. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam
PendidikanTeori, Analisis dan Interprestasi data. Kuala Lumpur:
PTS Profesional.
Denzin,
N.K. (2011). Handbook of qualitative research (2nd ed).
Thousand Oaks, CA: Sage
Publications.
Ng,
Y.S. (2004). Penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru-guru teknikal
sekolah
menengah teknik, negeri kedah. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
O’
Connell, S. (2011). Mastering The Basic Math Facts in Addition &
Sustraction.
Heinemann Portsmouth.
A good research done on the common problem between students. Enhanced learning and alternative study method definitely can improved memory power of students especially memorizing the numbers multiplication
ReplyDeleteThank you sir...well said.This research showed good impacts on students achievement especially in memorizing the multiplication table. This will help them to improve their memorizing skills as well as multiplication table. They can easily solve multiply questions in the future.
ReplyDeleteGood effort.multiplication is still a problem among students and memorising the tables has always been a tough time
ReplyDeleteHope this innovation solve the students prproblems in learning multiplication table sir
DeleteSuch an inovative method to learn multiplication.well done!
ReplyDeleteThank you so much.. .
ReplyDelete