INOVASI JOM BELAJAR SAMBIL MENGIPAS, MENGIPAS SAMBIL BELAJAR
JOM
BELAJAR SAMBIL MENGIPAS, MENGIPAS SAMBIL BELAJAR
Parthiban Govindasamy
SJK(T) Ladang Shum Yip Leong, Ringlet.
Abstrak
Inovasi bertujuan untuk mengatasi
masalah penguasaan sifir dalam kalangan murid tahap 2 di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Ladang Shum Yip Leong. Pengkaji meningkatkan penguasaan sifir
dalam kalangan murid tahap 2 dengan pembaris 2 in 1 iaitu mengipas sambil
belajar, belajar sambil mengipas. Fokus inovasi ini adalah untuk melihat
sejauhmana keberkesanan penggunaan pembaris 2 in 1 ini dapat meningkatkan
penguasaan sifir serta minat dalam kalangan murid tahun 4,5 dan 6. Tinjauan
awal mendapati murid-murid tahap 2 tidak menguasai sifir 1 hingga 12
berdasarkan hasil analisis ujian pra yang dijalankan. Murid-murid tidak boleh
menjawab soalan darab kerana belum menguasai sifir. Murid sering mendarab
dengan salah kerana tidak menghafal sifir dengan betul. Bagi mengatasi masalah
ini, pengkaji menggunakan pembaris 2 in 1 untuk meningkatkan penguasaan sifir
dalam kalangan murid. Pengkaji telah menggunakan 3 cara pengumpulan data iaitu
ujian pra dan pasca, temubual dan analisis dokumen. Keputusan kajian ini
menunjukkan murid-murid dapat menguasai sifir dengan lebih mudah di samping
meningkatkan minat murid untuk belajar sifir.
Objektif
1. Meningkatkan
penguasaan murid dalam sifir 1 hingga 12.
2. Mengenalpasti
keberkesanan “Pembaris 2 in 1” dalam meningkatkan penguasaan dan penghafalan
murid.
3. Meningkatkan
minat murid untuk belajar sifir.
PERANCANGAN
DAN PELAKSANAAN INOVASI
Langkah /
Tarikh
|
Pelaksanaan
Tindakan
|
Cara
Pengumpulan Data
|
Langkah 1
10/12/2018
|
·
Memeriksa hasil kerja murid
|
Analisis
Dokumen
Pemerhatian
|
Langkah 2
15/01/2019
|
·
Menjalankan Ujian Pra
|
Analisis Ujian
Pra
|
Langkah 3
22/01/2019
-
22/03/2019
2 bulan
|
·
Guna bahan Inovasi
·
Membaca dan menghafal sifir menggunakan Pembaris 2
in 1.
·
Membaca sifir menggunakan Pembaris 2 in 1 setiap
hari pagi dan masa waktu rehat.
·
Mencatat Penguasaan Sifir dalam Buku “TEST ME”
|
Pemerhatian
Analisis
Dokumen
|
Langkah 4
23/04/2019
|
·
Ujian Pasca
|
Analisis Ujian
Pasca
|
Langkah 5
23/04/2019
|
·
Temubual bersama murid
|
Temubual
|
GAMBAR PELAKSANAAN INOVASI
KELEBIHAN INOVASI
- Kos yang rendah
- Mudah dihasilkan
- Senang disimpan
- Menarik minat
- Pelbagai guna
PENYEBARLUASAN INOVASI
GURU MENGAJAR SIFIR MENGGUNAKAN PEMBARIS 2 IN 1
DI SJKT
BOH 1, RINGLET
VIDEO PELAKSANAAN INOVASI
VIDEO RESPON MURID BERKAITAN KEBERKESANAN INOVASI
👍👍👍👍
ReplyDelete